Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memulakan siasatan terhadap aduan pengguna berhubung pengurangan kelajuan muat naik pakej Unifi 500Mbps yang dilancarkan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM).

Butiran aduan menyatakan TM telah menawarkan kelajuan muat naik 200Mbps bersama pakej Unifi yang menyediakan kelajuan muat turun 500Mbps yang dilancarkan bulan lalu. Setelah meneliti semula laman sesawang jualan rasmi pihak TM, pengadu mengesan pakej tersebut telah berubah sejak 2 September 2020, dengan kelajuan muat naik dikurangkan separuh kepada hanya 100Mbps.

Aduan ini turut dilaporkan oleh beberapa portal berita dalam talian yang menganggap pengguna terpedaya dengan tawaran yang dibuat dalam pakej awal yang diiklankan bulan lalu. Jika siasatan awal mendapati terdapat unsur yang melanggar kepentingan pengguna, MCMC tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap pemberi perkhidmatan.

Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang dikuatkuasakan oleh MCMC memberi perhatian berat terhadap kepentingan pengguna perkhidmatan telekomunikasi. Pihak MCMC memberi jaminan siasatan isu ini akan dijalankan secara telus dan adil.

Loader Loading...
EAD Logo Taking too long?

Reload Reload document
| Open Open in new tab

Download [8.82 KB]

Leave a Reply