Kadar penembusan Internet di Malaysia tinggi

Malaysia menduduki kelompok kelima tertinggi di dunia dan tempat teratas di Asia Tenggara dalam penembusan media sosial mudah alih, menurut Hootsuite and We Are Social dalam laporan terkini Digital 2019.

Ketua Pegawai Pemasaran Hootsuite, Penny Wilson berkata, laporan berkenaan turut menyebut penembusan Internet di Malaysia kini pada tahap 80 peratus, dengan pelayar menggunakan purata lapan jam lima minit sehari secara dalam talian.

Beliau berkata, dalam tempoh itu, selama dua jam 59 minit diperuntukkan bagi kegunaan di media sosial.

“Menduduki tempat keempat dunia dalam penembusan sosial mudah alih, Malaysia mendahului negara di Asia Tenggara, termasuk Singapura, di tangga keenam, diikuti Thailand (8) dan Filipina (10),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wilson berkata, Malaysia menawarkan peluang perniagaan yang unik, dengan 75 peratus pengguna Internet membelanjakan wang mereka untuk segmen e-dagang, manakala 58 peratus membelanjakan wang untuk platform dagang mudah alih.

Katanya, Malaysia mengatasi Singapura dalam penggunaan perbankan mudah alih, apabila 66 peratus daripada pengguna Internet di Malaysia menggunakan pilihan perbankan mudah alih berbanding 64 peratus di Singapura.

https://www.hmetro.com.my/bisnes/2019/01/418241/kadar-penembusan-internet-di-malaysia-tinggi

Leave a Reply